The respective author

Saturday 13 September 2008

terima kasih semua yang ku sayang

Sekarang baru ada sedikit masa untuk diluangkan menulis to update my blog, terlalu sibuk dengan kerja dan beberapa urusan berkaitan tugas. Yesterday, friday evening telah menerima advance birthday gift dari isteri dan anak-anak ku sekeluarga terima kasih atas ingatan kamu semuanya. Sesuatu yang tidak terlintas difikiran ku, N6500 slide terima kasih sekali lagi untuk kamu yang tersayang semuanya, buat kali keduanya aku menerima hadiah serupa ini sebelumnya N6600 juga dihadiahkan oleh anak ku pada tahun 2004 sewaktu dia belajar di KL suatu model yang baru ketika itu. Alhamdullilah atas ingatan kamu semua.
Hari ini sudah 12 hari puasa, tidak berapa lama lagi hari raya menjelang tiba. Bagaimanapun hari raya tahun ini akan disambut sederhana saja disebabkan cuti persekolahan hari raya hingga hari raya ke 5 disamping anak-anak akan menghadapi peperiksaan O dan A level setentunya akan sibuk membuat persediaan peperiksaan.
Ok lah setakat ini dulu sudah akhir kan ke masjid lagi....
terima kasih sekali lagi untuk semuanya yang ku sayang...