The respective author

Sunday 31 August 2008

Brunei mula puasa Selasa 2 September 2008

Brunei mula berpuasa hari Selasa 2 September 2008, setelah rombongan yang melihat anak bulan ramadhan dibeberapa tempat di mana anak bulan ramadhan tidak kelihatan. Bagaimanapun negara-negara jiran Malaysia dan Indonesia akan mula berpuasa Isnin. Ini bermakna Brunei akan menyambut hari raya aidil fitri antara 1 (Rabu) atau 2 (Khamis) Oktober.
Hari ini jalan-jalan raya menuju ke Mall Gadong penuh sesak dengan kenderaan sehinggakan tempat letak kereta di aras bawah penuh termasuk tempat letak kereta aras bawah Centrepoit. Kawasan pusat beli belah Gadong dan Pasar Gadong juga dipenuhi kenderaan dan orang ramai berduyun-duyun menuju pusat belibelah Mall Gadong dan beberapa deretan rumah kedai kawasan berkenaan.

No comments: